Posts

Mula Semula

Ini entri pertama saya di blog ini. Untuk kali ini, saya akan tulis seringkasnya. Bila difikirkan semula, sudah sekian lama saya tidak menulis entri di laman blog saya. Walaupun saya tahu, kita tidak lagi berada di era membaca di laman blog, tapi hari ini, saya tiba-tiba sahaja ambil keputusan untuk membuat satu akaun blog yang baru, seperti yang saya tulis di ruangan deskripsi, ini akan menjadi tempat untuk saya muntahkan kembali, aksara-aksara sunyi, dari kepala saya yang begitu bising dengan pelbagai bunyi. Akaun blog lama yang saya wujudkan sejak sekolah menengah, biarlah kenangannya disimpan rapi di situ. Terciptanya Kaia Lumi ini, ibaratnya bermula semula satu muka baru, untuk kita coret kembali kisah yang akan diingati nanti suatu hari. Selamat datang semua ke Kaia Lumi, ruang selamat kita untuk apa saja cerita. Nilai.  6 Ogos 2025, 02:00.